Laman Utama       Buku        Seminar          Biodata Br.Izu        Galeri Motivasi


Biodata Br.Izu

1Br.Izu atau nama penuh beliau Mohd Izuwan Bin Mohd Nor merupakan seorang pelajar yang cemerlang bermula awal persekolahannya lagi. Beliau memulakan pendidikan di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Putera Jaya, Setiu, Terengganu. Pada waktu itu beliau adalah di antara pelajar terawal yang terpilih untuk menyertai program pelajar elit, formula yang dipraktikkan di daerah Setiu sehingga kini yang menaikkan nama sebuah sekolah di daerah tersebut sebagai sekolah  yang mencapai peratusan kecemerlangan UPSR terbaik di Malaysia. Keputusannya yang cemerlang dalam UPSR, menyebabkan beliau terpilih untuk melanjutkan pendidikan peringkat menengahnya di SMK(A) Sheikh Abdul Malek yang tersenarai di antara sekolah menengah terbaik di negeri Terengganu. Seterusnya, pada Tingkatan 4 beliau terpilih untuk memasuki Sekolah Sains Kuala Terengganu (SESTER) pada alaf baru tahun 2000. Kecemerlangannya dalam SPM pada tahun 2001, melayakkan beliau tersenarai dalam senarai pelajar terbaik dalam peperiksaan SPM di sekolah sains berasrama penuh tersebut. Lanjutan itu, beliau ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit dalam Program Teknikal Jepun pada tahun 2002 tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Namun beliau menolaknya kerana ingin merealisasikan impiannya untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang menawarkan pendidikan bertaraf dunia dan menekankan nilai-nilai Islam. Beliau meneruskan kecemerlangan dengan berjaya tersenarai dalam Dean’s List di Matikulasi Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa , Petaling Jaya.

        Br. Izu, juga termasuk dalam graduan terawal LKS(Latihan Keusahawanan Siswa) Universiti Islam Antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia dan telahpun menjalani praktikum keusahawanannya di Pusat Latihan Komputer Sistem Bijakomp pada tahun 2005 yang lalu. Oleh kerana minatnya yang mendalam  dalam bidang perniagaan dan ekonomi, beliau membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di kampus utama UIAM dalam Sarjana Muda Ekonomi. Kecemerlangannya dalam fakulti  tersebut, membolehkan beliau terpilih untuk mengikuti ‘Double Degree Programme’ , satu-satunya program khas di UIAM yang melayakkan pelajar yang terpilih mendapatkan dua ijazah dalam tempoh pengajian selama empat tahun. Ijazah  yang kedua dalam program tersebut adalah ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam yang memerlukan penguasan bahasa Arab yang kukuh. Beliau juga merupakan tenaga pengajar kelas bahasa Arab yang dianjurkan oleh sebuah kolej di UIAM. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar yang terpilih untuk mengikuti Pakej Tahfiz anjuran Pusat Aktiviti Kokurikulum, Bahagian Pembangunan Pelajar UIAM. Keunikan Br. Izu adalah kecemerlangan dan pengalamannya dalam pelbagai bidang dan jurusan termasuk subjek-subjek sains, kejuruteraan,komputer, teknologi maklumat, ekonomi, perakaunan, perniagaan, bahasa dan agama. Di samping kecemerlangannya dalam bidang akademik, beliau yang merupakan ahli Kelab Debat Bahasa Melayu UIAM juga aktif dalam program-program motivasi dan kepimpinan. Pihak Sekolah Imtiaz yang terkenal dengan Program Ulul Albab juga pernah menjemput beliau untuk memberikan ceramah motivasi . Program Ulul Albab adalah untuk melahirkan cerdik pandai Islam merangkumi semua bidang, sekaligus melahirkan generasi Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik. Br. Izu, yang merupakan anak sulung kelahiran Terengganu Bestari ini juga pernah menyertai pertandingan motivator yang pernah diadakan di Dataran Putra, Putra Jaya.

____________________________________________________________________________

1. Br. Adalah singkatan kepada ‘Brother’ yang bermakna saudara. Di UIAM, penggunaan gelaran Brother untuk pelajar lelaki dan Sister untuk pelajar perempuan digunakan dengan meluasnya, simbolik kepada persaudaraan Islam yang bersifat antarabangsa.



___________________________________________________________________________________
HakCipta terpelihara © 2006 MotivatorPelajar.com. Namun, HakCipta yang sebenar adalah milik Allah. Justeru, sama-samalah kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

.