Laman Utama       Buku        Seminar          Biodata Br.Izu        Galeri Motivasi



Buku  lain yang saya tulis....
urus-masa-cover2.JPG(Dapatkan di kedai buku berdekatan.tq

Testimonial/Book Review 

“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Setiap hari yang kita lalui membawa kita merasai pengalaman per sa dalam setiap detik masa yang dianugerahkan buat kita dalam meniti usia. Seharian yang berlalu merupakan berlalunya jam-jam dalam kehidupan yang berkandung di dalamnya minit-minit seterusnya saat-saat yang terus berlalu tanpa menunggu sesiapa. Seharian dengan 24 jam terbina dengan 1440 minit yang juga merupakan 86400 detik saat. Betapa banyaknya ANUGERAH yang telah kita kecapi dengan nikmat MASA yang Maha ESA pinjamkan buat kita di dunia ini. Buku ini membawa anda mengembara untuk menilai sikap anda terhadap masa, menghayatinya, menghargainya dan memanfaatkannya secara total dan bijak. Buku ini adalah gabungan ILMU untuk insan HEBAT yang mahu URUS MASA agar TERUS BERJAYA. Anda akan menjimatkan MASA anda untuk membaca ratusan buku mengenai masa kerana Br. Izu telah menggarapkannya dengan sempurna di dalam BUKU ini. Maka, jika anda mahu menjadi seorang yang BIJAK menguruskan masa; anda patut mulakan dengan memilih BUKU ini. Saya ‘melihat’ kejujuran di dalam buku ini. Auranya terasa di setiap Panduan yang dikongsikan. Br. Izu bukan hanya mengumpulkan fakta tentang pengurusan masa, beliau berkongsi pengalaman hidupnya. Br. Izu TAHU apa yang dicarinya dalam melalui pengalaman kehidupan, SIKAP serta PENGALAMAN ini menjadikan beliau matang malah jauh lebih hebat dari mereka yang seangkatannya. Tahniah Br. Izu!. Salam Aura Kedamaian buat semua Pembaca.” 

Dr Mir Hazil Azran Ramli

PhD – Human Bio-energy

Chromatologist & Aura Video Systems Consultants

Reiki Chapter Leader – MSCT Malaysia

www.7chakra.com

 

   “Masa adalah kehidupan.Mengurus masa sama dengan mengurus kehidupan. Mensia-siakannya bererti membunuh diri sendiri. Buku yang ditulis oleh Br.Izu ini merupakan satu sumbangan dan suntikan motivasi untuk mengurus masa dengan baik dan berkesan. Mabruk….” 

-Dr Ugi Suharto, Pensyarah UIAM    

“Buku ini amat mudah difahami dan pratikal.Saya terasa betapa perlunya buku ini untuk membantu kita mencapai matlamat.Dengan panduan-panduan yang jelas diterangkan, macamana arah tuju mencapai matlamat kita, ianya amat baik untuk menjadi panduan pada semua peringkat.Apabila kita membacanya terasa matlamat kita sentiasa hampir dicapai.Hebat.”

Encik Mohd Amin Bin Mohd Ishak.Pengarah Urusan,Misicipta (M) Sdn Bhd   

Disiplin adalah prinsip penting untuk mencapai kejayaan dan kemenangan. Dan disiplin juga adalah bagaimana anda mengatur dan menguruskan masa yang Allah Swt kurniakan sama untuk semua individu. Jadi, mulakan langkah perubahan anda dengan membaca buku ini. Tahniah Br Izu..!!!

  1. Assalamualaikum saudara br Izu,

    saya membeli buku saudara di terminal KL)KLcentral)
    mulanay adalah untuk bacaan disepanjang perjalanan keretapi saya ke kelantan.Walaupun tidak dapat menghabiskan dalam masa yang singkat,namun pengisisan yang ringkas dan padat,malahan praktikal yang saudara kupas amat berguna sekali.Pengurusan masa terancang-salah 1 kelemahan diri saya setakat ini yang mengorbankan banyak potensi diri.Syukur saya membeli buku saudara.Satu pelaburan seumur hidup yang amat tinggi nilainya.Terima kasih kerana menulis buku yang amat praktikal.

    wassalam,

    Mohamad Razi,
    Lunas Kedah.



  

 


  











      
                                            

                                               

Maklumat Tentang Proses Penghantaran



 Maklumat Kaedah Pembelian:-

Melalui Bank-in ATAU melalui wang pos/kiriman wang







________________________________________________________________________________________________
HakCipta terpelihara © 2006 MotivatorPelajar.com, Portal Pendidikan & Motivasi Pelajar Cemerlang. Namun, HakCipta yang sebenar adalah milik Allah. Justeru, sama-samalah kita berusaha mendekatkan diri  kepada Allah s.w.t.