Ketahui Rahsia Belajar Sedikit Tetapi Anda Boleh Dapat Banyak!!! |
|||||||||||||||||||||||||||||
|
PENGENALAN RINGKAS -SLD METHOD " Kaedah
yang dibincangkan dalam workshop saya adalah kaedah yang saya dapati
benar-benar berkesan setelah 6 tahun membuat kajian melalui pembacaan
dan bertanya daripada pelajar-pelajar cemerlang dan kaedah itulah yang
saya amalkan. Saya memperuntukkan banyak masa membuat kajian cara
belajar yang benar-benar berkesan kerana saya tidak mempunyai banyak
masa untuk belajar. Saya mempunyai banyak komitmen lain yang perlu
dilakukan dalam hidup saya. Kini, Alhamdulillah saya telah berjaya
mencapai misi saya dan saya berasa simpati terhadap rakan-rakan pelajar
yang bertungkus-lumus dan memperuntukkan banyak masa untuk cemerlang
dalam peperiksaan. Sebenarnya, untuk cemerlang bukanlah banyak mana
masa yang anda peruntukkan untuk belajar tetapi berapa banyak yang anda
dapat belajar dalam sesuatu masa!. Atas maksud inilah saya berasa
terpanggil untuk membuatnya dalam bentuk beberapa modul bagi
membantu rakan-rakan pelajar. Modul-modul rahsia
ini saya namakan SLD METHOD Sekurang-kurangnya usaha saya selama 6 tahun
itu dapat memberi manfaat kepada semua pelajar terutama di Malaysia . Sekiranya anda telah berjaya skor dalam
peperiksaan atau berpuas hati melalui pengamalan kaedah yang
dibincangkan dalam workshop saya, saya berharap anda dapat meluahkan
rasa hati anda ke motivatorpelajar@yahoo.com
untuk dikongsi kepada rakan kita yang lain. Saya juga ada bercadang
untuk meluaskan workshop saya ke negara jiran seperti Indonesia,
Singapura dan Brunei kerana sudah ada permintaan di sana. Doakan
kejayaan saya. ___________________________________________________________________ |

Adegan yang kita sentiasa lihat di sekolah-sekolah
mahupun pusat-pusat pengajian tinggi….
”Pelajar-pelajar
duduk baris demi baris dan mendengar guru mengajar di
hadapan mereka. Setiap hari persekolahan mereka dibebani dengan
pelbagai subjek
mereka. Fakta yang tanpa henti, formula dan teori dijejalkan ke dalam
benak
mereka dalam subjek-subjek yang terpisah. Pelajar-pelajar ada
mengangguk kerana
faham dan ada yang mengangguk kerana tidur. Ada yang menerawang, ada
yang
menjejak impian. Alhasil, apabila kelas tamat, ada pelajar yang faham,
ada yang
tidak faham dan ada yang salah faham. Malangnya, dikalangan pelajar
yang faham,
ramai yang lupa apa yang diajar oleh guru sekiranya mereka tidak
mengulangkaji
dalm tempoh 24 jam.
Sebahagian besar pendidikan disekolah mahupun universiti, masih
terpusat secara
eklusif pada isi pembelajarandan bukan pada kaedah pembelajaran.
Sebenarnya,
kaedah pembelajaran sesuatu subjek itu perlu diberi penekanan terlebih
dahulu bagi
membolehkan pelajar menguasai isi subjek. Pelajar yang disuruh belajar
tanpa
diajar cara belajar seumpama seseorang yang disuruh memandu tanpa
diajar cara
memandu. Bukannya kebaikan yang diperoleh sebaliknya kerugian.
Di
dalam workshop ini, dinyatakan paradigma fundamental bagi mengatasi
masalah dalam situasi di atas. Workshop ini menekankan
kepentingan belajar cara
belajar dan mengetengahkan teknik belajar yang berkesan untuk subjek
yang
pelbagai. Peribahasa cina ada menyatakan, “Berikan seekor
ikan kepada
seseorang, dia akan makan untuk sehari. Berikannya alat mengail dan
mengajarnya
cara mengail, dia akan makan seumur hidup" “

Kaedah
belajar berkesan yang bakal anda perolehi dari workshop ini akan
mengeluarkan kemampuan yang terpendam dalam diri anda untuk cemerlang
dalam sebarang peperiksaan. Kaedah ini terdiri daripada langkah-langkah
mudah,praktikal dan terbukti keberkesanannya kepada ramai pelajar.
Intinya,
kaedah ini mengakui bahawa pencapaian pelajar dalam akademik bukanlah
dinilai kepada betapa geniusnya akal mereka, tetapi bergantung pada
sejauh mana pelajar itu menggunakan teknik belajar yang berkesan ketika
belajar. Begitu juga, bukanlah kuantiti atau tempoh ulangkaji yang
menentukan kecemerlangan, tetapi kualiti ulangkaji yang dipraktikkan.




Kaedah
belajar berkesan yang bakal anda perolehi dariworkshop ini akan
mengeluarkan kemampuan yang terpendam dalam diri anda untuk cemerlang
dalam sebarang peperiksaan. Kaedah ini terdiri daripada langkah-langkah
mudah,praktikal dan terbukti keberkesanannya kepada ramai pelajar.
Intinya,
kaedah ini mengakui bahawa pencapaian pelajar dalam akademik bukanlah
dinilai kepada betapa geniusnya akal mereka, tetapi bergantung pada
sejauh mana pelajar itu menggunakan teknik belajar yang berkesan ketika
belajar. Begitu juga, bukanlah kuantiti atau tempoh ulangkaji yang
menentukan kecemerlangan, tetapi kualiti ulangkaji yang dipraktikkan.

Anda
Takut Exam?
Mengapa anda terlampau takut pada peperiksaan.?
Sudah berapa banyak peperiksaankah yang telah anda hadapi sejak kecil
dulu?
Tidakkah anda mengambil pelajaran daripada pengalaman anda itu?
Mengapakah anda
masih lagi gentar dan takut tatkala peperiksaan bakal tiba sedangkan
anda telah
melalui peperiksaan berkali –kali? Adakah anda tidak
mengambil pengajaran
daripadanya? Anda sepatutnya bersedia untuk menghadapi peperiksaan
dengan lebih
matang dan tenang.
Tidakkah anda perasan bahawa peperiksaan itu
hanyalah terdiri daripada beberapa helaian kertas yang mengandungi
beberapa
soalan yang anda diminta untuk menyiapkan dalam masa yang singkat iaitu
3 jam
ataupun kurang.
Ingat
ini: “Peperiksaan
hanyalah
terdiri daripada beberapa soalan terpilih yang perlu dijawab dalam masa
yang
singkat:3 jam atau kurang”
“ Jangan cuba untuk menjadi terlampau
sempurna.
Memanglah baik untuk cemerlang dan mencapai yang terbaik. Tetapi
seimbangkanlah
target anda. Jika anda berfikir bahawa mendapat markah kurang daripada
A1 atau
A+ bermakna anda gagal, sebenarnya anda telah mengundang tekanan atau
stress kepada diri anda. Impikan untuk melakukan sebaik
mungkin dalam
masa yang sama sedarlah bahawa tiada seorangpun antara kita boleh
menjadi
sempurna setiap masa.
Perkara yang penting bagi anda untuk persediaan
menghadapi peperiksaan ialah dengan mengulangkaji pelajaran. Masalah
yang
timbul pada kebanyakan pelajar adalah kekeliruan dalam cara
mengulangkaji
pelajaran. Ada di kalangan pelajar yang merasakan semakin lama dan
banyak kali
mereka membaca buku, semakin berkesan aktiviti ulangkaji mereka.
Tanggapan ini
adalah tidak benar kerana yang paling penting adalah kualiti ulangkaji
anda dan
bukannya kuantiti. Inilah sebabnya mengapa ada segelintir pelajar yang
mengorbankan banyak masa untuk mengulangkaji pelajaran namun hasilnya
amat
mengecewakan.
Peperiksaan
amat berkait rapat dengan kehidupan sebagai seorang pelajar.
Kejayaan seseorang pelajar itu dinilai berdasarkan kejayaan mereka
dalam
peperiksaan. Anggota masyarakat iaitu para ibubapa, guru dan kerajaan
amat
menitikberat akan keputusan peperiksaan pelajar. Sebagai contoh, ada di
kalangan ibu bapa yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk
menghantar
anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen dan kem-kem motivasi
semata-mata untuk
memastikan anaknya menperoleh keputusan yang cemerlang di dalam
peperiksaan.
Keputusan yang cemerlang juga menjadi prasyarat untuk membolehkan
pelajar
melanjutkan pelajaran ke sekolah yang lebih baik atau ke menara gading.
Hal ini
menyebabkan para pelajar melihat peperiksaan sebagai sesuatu yang amat
penting
dalam kehidupan mereka sehingga timbulnya istilah ‘studi
maut’ atau ‘belajar
mati-matian’ untuk memastikan kecemerlangan di dalam
peperiksaan. Bagi pelajar,
peperiksaan seolah-olah soal hidup mati mereka walaupun pada realitinya
ia
tidak seperti yang dibayangkan oleh pelajar itu. Paling menyedihkan,
tidak
banyak usaha yang secara langsung menerangkan kepada pelajar apakah
maksud di
sebalik peperiksaan itu dan apakah usaha-usaha yang praktikal dan mudah
yang
boleh pelajar lakukan demi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksan
yang bakal
ditempuhi.
Inilah antara tujuan workshop ini iaitu bagaimana para pelajar dapat
melihat
peperiksaan itu dengan pandangan yang positif dan ceria, bukannya
sesuatu yang
membebankan dan mengerikan. Seterusnya menerangkan langkah-langkah yang
praktikal yang boleh pelajar lakukan sebagai persediaan yang berkesan
demi
mencapai keputusan yang cemerlang dalam apa jua peperiksaan yang bakal
mereka
hadapi.
Workshop
ini menekankan aspek keberkesanan kerana ramai pelajar yang
mengorbankan banyak
masa untuk persediaan menghadapi peperiksaan tetapi malangnya keputusan
tidak
setimpal dengan usaha. Di samping itu, workshop ini juga menekankan
aspek praktikal
kerana sudah banyak seminar-seminar motivasi yang menerangkan tentang
aspek teori
yang alhasilnya pelajar tidak dapat melihat jalan yang jelas untuk
berjaya.
Penulis menggabungkan aspek teori dan pengalaman praktikal yang
dilaluinya
sendiri sebagai pelajar yang telah banyak menempuh pelbagai peperiksaan
termasuk yang bercorak sains teknikal, sains sosial,bahasa dan
keagamaan.Di
harap selepas mennghadiri workshop ini, Allah S.W.T membuka jalan yang
terang
kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan dengan berani dan
bersemangat untuk
berjaya.
Selamat
Berjaya!


Anda mungkin tertanya-tanya dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai
workshop
tersebut. Mungkin ruangan Q & A di bawah boleh membantu
anda......
Q & A
Saya
tergolong dalam pelajar yang lemah dalam pelajaran.Setiap kali
ujian atau peperiksaan, saya tidak pernah mendapat A atau B. Biasanya C
dan
sentiasa ada beberapa subjek yang tidak lulus.Adakah kaedah belajar
tersebut
sesuai untuk orang seperti saya?
Ya, sudah tentu. Kaedah ini amat sesuai dan perlu diketahui oleh
pelajar-pelajar seperti anda. Saya yakin, anda pasti telah berusaha
untuk
membaiki prestasi anda, tetapi mungkin cara anda belajar itu kurang
tepat dan
kurang berkesan.
Saya
mempunyai seorang anak yang bermasalah dalam pelajaran. Pelbagai cara
telah
saya cuba untuk mengatasi masalah anak saya itu termasuk menghantarnya
ke pusat
tuisyen. Dia akan menduduki PMR pada tahun hadapan.
Berita
baik untuk ibubapa, dalam workshop ini juga terdapat ruangan khas yang
menerangkan
kaedah berkesan dan praktikal untuk memupuk minat belajar di kalangan
anak-anak. Sekiranya diri anak-anak itu sendiri tidak minat untuk
belajar,
walaupun dihantar kepusat tuisyen terhebat sekalipun, anak itu tetap
tidak
cemerlang!
Saya
hanya ada beberapa bulan lagi sebelum peperiksaan. Adakah kaedah
belajar
"last minute" yang membolehkan saya cemerlang atau sekurang-kurangnya
lulus dalam peperiksaan yang bakal saya hadapi?
Ya, dalam workshop ini , ada dinyatakan ibu segala kaedah untuk belajar
"last minute". Ramai yang telah menggunakannya dan mendapati kaedah
tersebut benar-benar mempengaruhi markah peperiksaan mereka. Apa yang
penting
anda perlu mengamalkan kaedah itu dengan yakin tanpa ragu-ragu.
Kaedah
ini
pakai bomoh, ke?
Kita tidak menggunakan sebarang kaedah yang bertentangan dengan
nilai-nilai
Islam. Islam mengajar kita berusaha dengan cara yang tepat.
Workshop ini hanya
menerangkan cara yang tepat untuk berjaya.
Adakah
jaminan saya akan skor dalam peperiksaan setelah menghadiri
workshop
ini?
Ya dan tidak. Ya, sekiranya anda mempraktikkan langkah demi langkah
kaedah yang
dibincangkan dalam workshop ini. Tidak, sekiranya anda hanya
menghadirinya dan tidak
mempraktikkannya dalam pembelajaran anda. Saranan saya, cuba
menggunakan kaedah
tersebut sahaja dalam 2 minggu pertama ini dan tinggalkan sementara
kaedah
belajar yang anda gunakan sebelum ini. Lihat kesannya kepada markah dan
prestasi anda.
Bukankah
lain orang, lain cara belajarnya? Kajian ada menunjukkan
pelajar-pelajar terbahagi kepada tiga golongan: iaitu yang belajar
melalui
visual, audiotori dan kinestetik. Bagaimana Br.Izu menyatakan kaedah
yang dibincangkan
dalam workshop tersebut boleh digunakan oleh semua golongan pelajar?
Ya, tidak dinafikan ada pelajar yang lebih mudah belajar melalui
melihat,
mendengar atau belajar melalui penglibatan aktiviti fizikal. Kaedah
yang
digunakan dalam workshop ini menggabungkan ketiga-tiga konsep tersebut.
Inilah ciri
unik kaedah dalam workshop ini. Oleh sebab itulah saya menyatakan,
kaedah tersebut
sesuai untuk pelbagai bidang dan subjek. Ini telah terbukti.
Klik
sini untuk lihat bukti.>>>
Saya telah banyak menghadiri seminar tentang
teknik belajar tetapi setelah
membacanya, saya lupa dan tidak dapat mempraktikkannya. Apakah jalan
penyelesaiannya?
Jangan bimbang.Dalam workshop
ini telah disediakan satu sistem bagi memudahkan anda mengingati kaedah
belajar
berkesan tersebut. Selepas ini, apabila anda mahu "studi" atau
belajar, anda akan teringat akan kaedah-kaedah tersebut secara
automatik
sekiranya anda menggunapakai sistem tersebut.
Saya seorang pelajar universiti. Masalah saya
adalah tidak ada masa untuk
mengulangkaji kerana terlampau banyak 'assignment' dan
tugasan yang perlu
disiapkan. Adakah kaedah yang dapat menyelesaikan masalah saya?
'Assignment' bukannya masalah, sebaliknya adalah peluang untuk anda
skor dalam
subjek anda. Ini kerana 'assignment' anda dapat kawal sepenuhnya
berbanding
peperiksaan. Anda boleh bertanya pensyarah dan anda boleh merujuk
pelbagai buku
untuk menyelesaikan 'assignment' anda. Jika anda diberi sebarang
tugasan,
pastikan anda cuba mendapatkan markah setinggi mungkin kerana
'assignment'
dalam kawalan anda. Dalam workshop saya ada dinyatakan bagaimana
caranya.
Saya merupakan salah seorang ibubapa yang bekerja kerajaan.Kami pihak ibu bapa juga ada mengambil peperiksaan untuk menaiki jawatan kerajaaan. Adakah teknik belajar yang saudara kongsikan boleh digunakan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan untuk pegawai kerajaan?
|
Jangan
Lepaskan Peluang Yang Menarik Ini! Maklumat Lanjut Hubungi En.Suhaimi, 012-2095086 P/s: Workshop Ini Di jalankan
Setiap Bulan. |
